Borang Maklumat Hubungan

 

MENGENAI KAMI

Mula ditubuhkan pada 2 Februari 2013 di Sandakan dan mendapat sijil perakuan pendaftaran bernombor [02/5583/2013(sbh)] bertarikh 14hb Mei 2013.

Objektif Persatuan Bola Baling Negeri Sabah antaranya seperti berikut:
untuk membangun, menggalak dan mempromosi sukan bola baling di peringkat negeri Sabah;
·    untuk merancang dan membangunkan pemain,para jurulatih, pegawai dan mencungkil bakat-bakat  baru dalam permainan bola baling di  Negeri Sabah;
·        untuk memilih pemain,jurulatih dan pegawai-pegawai bagi mewakili negeri Sabah dalam mana-mana pertandingan sukan Bola Baling di peringkat  kebangsaan;
·        untuk mewakili negeri Sabah dalam badan pengelola di peringkat kebangsaan mewakili sukan Bola Baling Negeri Sabah;
·        untuk bergabung dengan badan pengelola di peringkat kebangsaan; dan
·        untuk menggalakkan pembangunan sukan bola baling di peringkat akar umbi melalui penubuhan persatuan ini.
·        penerimaan ahli gabungan peringkat daerah-daerah di Negeri Sabah.

Fungsi Persatuan antaranya seperti berikut:
·        bertindak sebagai badan perwakilan di peringkat Negeri Sabah bagi sukan Bola Baling;
·        membangun, mengendali, mempromosi dan mengurus sukan bola baling di negeri Sabah;
·        menafsir dan melaksana peraturan dan undang-undang  yang ditetapkan oleh badan kebangsaan;
·        mewujudkan kesedaran ke atas kepentingan peraturan dan undang-undang sukan Bola Baling di kalangan ahli yang terbabit;
·        mengendalikan kursus, latihan, pembangunan atlet, kejurulatihan, kepegawaian dan sukarelawan dalam sukan Bola Baling dan sukan lain andainya di perlukan oleh Negeri Sabah;
·        menganjur atau membantu penganjuran dan menjadi tuan rumah pertandingan bagi sukan Bola Baling di peringkat negeri Bagi penganjuran di peringkat kebangsaan dan antarabangsa persatuan hendaklah mendapat kelulusan daripada badan pengelola;
·        menyelesaikan apa-apa isu atau konflik yang melibatkan ahli-ahlinya termasuk pegawai dan pemegang jawatan dalam persatuan bola baling negeri Sabah dan persatuan dalam gabungannya.
·        mengekalkan hubungan baik dan kedudukan baik dengan  badan pengelola dan badan-badan sukan atau agensi lain di peringkat negeri;
·        memastikan prosedur pemilihan ahli sukan, pegawai, jurulatih dan mana-mana orang untuk mewakili negeri Sabah dalam sukan Bola Baling adalah terbuka, adil dan telus tanpa mengira suku kaum,bangsa,agam dan keturunan;
·        memastikan setiap program dan aktiviti dilaksanakan berlandaskan perlembagaan dan peraturan-peraturan di bawahnya;
·        memastikan perlembagaan dan peraturan persatuan dipatuhi oleh semua ahli dalam persatuan negeri dan dalam persatuan gabungannya;
·        memastikan laporan aktiviti dan akaun kewangan yang diaudit bagi tahun kewangan sebelumnya disediakan sebaik mungkin;
·        memastikan kegiatan amal atau perniagaan yang dijalankan bagi menambah kewangan persatuan tidak bercanggah dengan undang-undang negara; dan
·        memastikan semua keuntungan yang diperolehi melalui apa-apa perniagaan atau pelaburan akan digunakan semata-mata untuk meningkatkan, memajukan dan menjalankan objektif dan matlamat Persatuan ini. Sungguhpun begitu, peruntukan ini tidak menghalang pembayaran gaji atau perbelanjaan kepada ahli atau pekerja persatuan ini. Persatuan juga boleh menubuhkan badan perniagaan dan boleh memiliki harta benda dengan syarat keuntungan hendaklah dimasukkan ke dalam Tabung Kewangan Persatuan,

Total comment

Author

Mohd Yahde